dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kempen Ineternet Selamat (Safe & Shield) - Berani Bertindak Bersama Menangani Buli Siber

17 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos 2025 2025, telah berlangsung KEMPEN INETERNET SELAMAT (Safe & Shield) - BERANI BERTINDAK BERSAMA MENANGANI BULI SIBER. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang Program ini berlangsung,Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib menerangkan mengenai apa itu buli siber. Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan mengenai Jenis-Jenis Buli Siber seperti Cyberstalking, Fitnah, Doxxing, Pengucilan, Phishing, Keganasan Verbal dan Penghinaan di media sosial . Seterusnya, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan Kesan Buruk Buli Siber contohnya, Emosi dan Mental, Prestasi Akademik dan Hubungan Sosial. Selain itu, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib menerangkan langkah yang perlu dilakukan apabila menjadi mangsa buli siber iaitu laporkan kepada pihak berkuasa, gunakan tetapan privasi, dapatkan sokongan profesional simpan bukti dan bersuara. Antara lain, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib menerangkan cara pengendalian iaitu jangan membalas, simapan bukti dan beritahu orang dewasa. Akhir sekali, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib menerangkan cara-cara mencegah buli siber iaitu pendidikan dan kesedaran, galakkan komunikasi terbuka, tetapkan peraturan rumah dan pengawasan ibu bapa.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Buli Siber. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara staf NADI, peserta dan pihak Safe & Shield.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.